Nougat Akhirnya Menjadi Versi Android Paling Popular

Android versi Nougat telah menjadi versi Android paling popular pada bulan Februari 2018, seperti yang dilaporkan oleh laman 9to5Google [1]. Nougat adalah nama untuk sistem operasi Android versi 7.0 dan 7.1. Android Nougat dikeluarkan pada bulan Ogos 2016 [3].

Menurut data jumlah pengedaran versi Android [4], pengunaan Android versi Nougat telah meningkat sebanyak 2.2% sehingga 28.5% berbanding 26.3% pada awal Januari 2018 [2]. Pada Januari 2018, Android versi 6.0, Marshmallow paling banyak digunakan iaitu sebanyak 28.6%. Jumlah pengunaan Android Marshmallow menurun kepada 28.1% pada bulan Februari 2018. Data ini adalah berdasarkan bilangan peranti Android aktif yang melawat Google Play Store dalam tempoh seminggu sehingga 5 Februari 2018.

IKLAN

Kedudukan ke-3 masih dipegang oleh Android versi 5.0 dan 5.1 iaitu Lollipop dengan pengunaan setinggi 24.6%. Android Lollipop dikeluarkan pada November 2014.

Peratusan pengunaan Android pada Februari 2018
Peratusan pengunaan Android pada Februari 2018
Kredit: Google [4]

[https://blog.mybit.my/?p=496]

Pengunaan Android 8.0 dan 8.1 iaitu versi terbaru Oreo pula mencatat peningkatan kecil sebanyak 0.4% berbanding bulan Januari 2018 menjadikan jumlah pengunaan Android Oreo lebih dari 1% pada bulan Februari 2018. Peningkatan tersebut dikatakan disumbang oleh kemas kini kepada Oreo oleh telefon MotoX4, Huawei Mate 9, dan OnePlus 5T sebagaimana yang dilaporkan oleh laman 9to5Google.

 

Kredit gambar: Dan H [0]

 

Rujukan:

[0] Android garden: https://www.flickr.com/photos/56573578@N06/7564325198/

[1] After 18 months, Nougat is the most used version of Android in Feb. distribution numbers: https://9to5google.com/2018/02/05/february-18-android-distribution-numbers/

[2] Nougat now second most used version of Android in January distribution numbers: https://9to5google.com/2018/01/08/january-18-android-distribution-numbers/

[3] Android version history: https://en.wikipedia.org/wiki/Android_version_history

[4] https://developer.android.com/about/dashboards/index.html

Anda Mungkin Juga Berminat

Laman HTTP Tidak Selamat – Chrome 68 Kredit: Chromium Blog   Pada 8 Februari 2018, pembangun perisian pelayar web popular, Chrome, telah mengumumkan bahawa bermula dengan pengeluaran Chrome 68, laman web yang masih menggunakan...